PERISIAN KOMPUTER
Perisian computer terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.
Perisian computer boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
- Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputerdan sebagainya.
- Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
- Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalamingatan baca sahaja (ROM)PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)Adalah komponen paling utama di dalam sesebuah komputer di mana terdapat semua komponen lain yang dipasangkan kepadanya. Komponen paling penting yang dipasangkan pada sesebuah papan induk ialah CPU (Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat yang berfungsi memproses data dalam sesebuah komputer.
No comments:
Post a Comment