Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.
Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.
Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:
1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com
JENIS-JENIS ENJIN CARIAN
1. www.altavista.com
Pengguna boleh mencari halaman web, artikel perbincangan dalam USENET, syarikat perniagaan, alamat e-mail, alamat rumah seseorang dan sebagainya. Menawarkan 2 jenis pencarian iaitu pencarian mudah (simple search) dan pencarian advans (advance search). Hasil pencarian boleh diterjemah kepada 3 bahasa iaitu Inggeris, Perancis dan Jerman.
2. www.msn.com
Microsoft Network atau MSN adalah portal carian internet yang dimiliki oleh Microsoft. Dilancarkan pada 24 Ogos 1995, MSN dapat beroperasi dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista. MSN terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hotmail, Windows Messenger, My MSN dan Download IE8. MSN kini tersedia dalam semua bahasa di dunia.
3. www.hotbot.com
Antar enjin carian yang tertua dan diperkenalkan pada tahun 1996.
4. www.lycos.com
Diwujudkan dua tahun lebih awal daripada Hotbot.
5. www.holyquran.net
Menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian Al-Quran secara umum. Contohnya pencarian teks Al-Quran, mencari perkataan dalam Al-Quran, buku-buku tafsir dan maklumat mengenai Al-Quran dan Sains.
6. www.alroqia.com/, www.islam.saudihit.com/, www.altatar.com
Dilaman web ini pengguna boleh mengetahui pelbagai cara mengubati penyakit seperti sakit terkena sihir atau gangguan makhluk halus dan sebagainya. Kaedah perubatan yang ditunjukkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.
7. www.cari.com.my
Merupakan salah satu enjin carian tempatan terawal dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia menyimpan alamat laman web tempatan bagi memudahkan pencarian tempatan. Ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.
8. www.yellowpages.com.my
Buku panduan telefon melalui internet seperti Yellow Pages yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi TM. Pautan lain yang disediakan adalah catalog mengikut kategori, peta, whitepages, mobile pages, kelab yellow dan pengiklanan.
9. www.jobsmalaysia.gov.my
JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Semua kemudahan yang disediakan ini adalah percuma.
No comments:
Post a Comment