Monday, 5 December 2011

Kebaikan mandi


Rahsia & Faedah Mandi


Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja
bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem
kekebalan tubuh.


Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of
Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan
masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat
menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun
pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu
yang mengamalkannya;


Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah
Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan
toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,
menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar
supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama
10 hingga 20 minit.


Stress: Jika anda mengalami stress, mandi air sejuk adalah
jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga
18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan
tingkat gula darah.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium
bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.
Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk
sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20
minit.


Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas
membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan
kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam
bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian
tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau
lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10
hingga 20 minit.


Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada
anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini
berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit..

No comments:

Post a Comment