kaedah untuk mencantikkan kuku:
1) cuci kuku dengan perahan air limau nipis untuk membuatkan kuku tampak lebih bersih dan berkilat
2) gunakan bawang putih untuk membersihkan kuku agar kuku tidak mudah rapuh dan pecah
3) sentiasa bersihkan kuku menggunakan air suam sambil membuat sedikit urutan mudah untuk melancarkan peredaran darah di bahagian kaki dan tangan
4) bagi individu yang mempunyai masalah kuku yang rosak, anda boleh mencuba menggunakan inai agar kuku tersebut cepat sembuh
5) elakkan daripada menggunakan 'nail polish' dengan kerap kerana ianya akan menghakis lapisan kuku anda dan membuatkan kuku anda mudah rapuh
6) elakkan daripada menggunakan kasut yang ketat agar darah anda tidak tersekat di bahagian kuku kerana ianya boleh membuatkan kuku anda mengandungi darah beku serta kehitaman.
cubalah tips tersebut untuk memiliki kuku yang sihat! selamat mencuba!
Tuesday, 25 October 2011
Saturday, 8 October 2011
Cara Mudah untuk Tidur dengan nyenyak dan baik.
Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.
1) Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.
2) Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.
3) Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.
4) Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda.
5) Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
6) Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Tuhan. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Tuhan. Lupakan segala kerunsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Tuhan. Sesungguhnya dengan mengingati Tuhan itu hati akan menjadi tenang.
Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.
Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah beberapa cara mudah untuk anda mengatasi masalah tidur. Ianya boleh diamalkan supaya masalah tidur anda akan dapat diatasi.
Cara penjagaan Kulit
Penjagaan kulit adalah penting bagi menjaga penampilan kita. Kulit yang sihat memberikan keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Saya ingin berkongsikan beberapa tips penjagaan kulit dengan anda semua supaya penampilan anda sentiasa penuh keyakinan dengan memiliki kulit yang sihat.
Antara tips-tips penjagaan kulit supaya sentiasa sihat adalah:
1) Sentiasa membersihkan kulit
Untuk membersihkan kulit anda perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika anda lebih banyak berpeluh maka anda perlu mandi dengan lebih kerap lagi. Mandi menggunakan sabun adalah tidak memudaratkan tetapi apabila anda menggunakannya secara berlebihan maka ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering kerana ia telah menyingkirkan sebum di kulit anda. Penggunaan air panas juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering. Gunakan sabun atau pencuci yang lembut jika anda mempunyai kulit kering. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, elakkan sabun dan pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang kulit.
2) Menggunakan pelembap selepas mandi
Jika anda mempunyai kulit yang kering anda perlu menggunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Dengan menggunakan pelembap kulit ia akan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Dan bagi anda yang mempunyai kulit yang berminyak maka anda tidak perlu lagi menggunakan pelembap. Anda boleh menggunakan pelembap kulit untuk disapu pada kulit yang kering sahaja.
3) Lindungi kulit cahaya matahari
Jangan terlalu mendedahkan kulit anda dibawah sinaran cahaya matahari. Ini kerana kulit anda akan menjadi rosak jika terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari. Anda digalakkan menggunakan krim pelindung matahari apabila dirasakan perlu. Pelindung matahari juga perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas anda berenang.
4) Bersenam selalu
Kalau nak badan sihat mesti semua orang akan cakap kena bersenam selalu. Begitulah juga kalau anda mahukan kulit anda sentiasa sihat dan cantik maka anda perlulah selalu bersenam. Ini kerana jika bersenam secara konsisten ia akan melancarkan peredaran darah keseluruh organ dalam badan termasuklah juga kulit anda. Ia juga akan sentiasa mengekalkan kesihatan kulit anda. Badan yang sihat juga penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat.
5) Jaga permakanan
Makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat. Ini kerana anda adalah apa yang anda makan. Anda perlu mengambil makanan yang seimbang yang mengandungi sumber protein, vitamin dan juga mineral. Untuk mendapatkan kulit yang sentiasa sihat dan cantik anda perlu banyak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana ia mengandungi banyak vitamin yang sangat baik untuk kulit anda
Jadi, penjagaan kulit anda adalah penting seperti anda menjaga perkara-perkara lain didalam hidup anda. Kulit yang sihat dan cantik sentiasa dingini oleh setiap orang. Semoga dengan tips-tips yang diberikan akan member manfaat kepada anda untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa sihat.
5 tips untuk kekal ceria dalam hidup seharian
Menjaga kesihatan adalah sangat penting dalam menjamin kehidupan yang ceria. Jika anda sentiasa sihat maka kehidupan seharian anda akan menjadi mudah dan sempurna kerana anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Untuk menjaga kesihatan yang baik saya menyarankan 5 tips mudah dalam kehidupan seharian anda untuk anda ikuti supaya sentiasa sihat ceria iaitu:
- Permakanan yang sihat
- Minum air secukupnya
- Bersenam dan banyak melakukan aktiviti
- Jangan merokok
- Berehat dan bergembira
- 1.Permakanan yang sihat adalah penting bagi menentukan sejauh mana kesihatan anda. Ini kerana anda adalah apa yang anda makan. Jika anda makan makanan yang sihat maka akan sihatlah anda jika makanan yang dimakan tidak sihat makan anda juga tidak sihat. Permakanan yang sihat adalah seperti yang terkandung dalam piramid makanan.
- Jangan mengambil makanan yang berlemak kerana ia boleh menyebabkan kegemukan yang akan meningkatkan risiko seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan sebagainya.2. Meminum air secukupnya adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat. Anda perlu meminum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari. Meminum yang secukupnya dapat melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran yang terdapat dalam badan kita. Meminum air bergas atau apa-apa air yang manis seperti the, kopi, milo dan sebagainya adalah kurang baik kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air masak atau air kosong adalah sumber air minuman yang terbaik.3. Bersenam adalah penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Ini kerana bersenam akan membuatkan anda sentiasa cergas dan sihat. Bersenam dapat menurunkan berat badan dan mengurangkan kandungan lemak dalam badan badan anda. Bersenam juga dapat menguatkan dan menyihatkan jantung anda. Di samping melakukan senaman anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan pergerakan anggota fizikal seperti berjalan kaki, membuat kerja rumah, menggantikan tangga daripada menggunakan lif dan sebagainya.4. Orang yang suka menghisap rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser paru-paru dan banyak lagi. Jika anda seorang perokok berhentilah rokok. Kepada anda yang tidak merokok jauhilah perokok kerana anda akan menerima kesan yang lebih teruk dari seorang perokok itu sendiri kerana menydut asap yang dilepaskan oleh perokok. Hidup anda akan lebih sihat tanpa rokok kerana rokok akan membinasakan diri anda sendiri dan juga orang lain.5. Anda tidak boleh terus-menerus melakukan kerja kerana badan anda juga memerlukan rehat. Badan anda bukannya robot yang tidak perlukan rehat. Ambillah masa untuk berehat dan bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Mendapat rehat yang secukupnya akan mengurangkan anda dari ‘stress’ dan memberikan anda masa untuk mendapatkan kembali tenaga yang telah hilang. Di siang hari anda melakukan kerja dan dimalam hari anda perlukan rehat. Jangan melakukan kerja sepanjang sehari kerana anda sebenarnya sedang menyiksa diri anda sendiri. Anda memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi mengekalkan kecergasan anda.Akhir sekali, menjaga kesihatan adalah penting dalam menjamin kehidupan yang ceria dan bahagia. Daripada tips-tips yang diberikan semoga anda dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada anda walaupun sedikit. Kesihatan anda adalah hak anda dan anda yang menentukannya sama ada untuk menjadi sihat ataupun sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)